Dua jam sahaja

16 12 2009

Kuala Lumpur ke Ipoh dua jam sahaja.

Perkhidmatan tren penumpang antara bandar menghubungkan Kuala Lumpur – Ipoh menggunakan Set Kereta Api Elektrik (ETS) yang mula beroperasi April depan, ammpu mengurangkan tempoh perjalanan kepada sejam 55 minit.

Perkhidmatan tren terbabit juga dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup di setiap gerabak, soket elektrik selain untuk penumpang kelainan upaya (OKU) dan peramugari tren.

Tren yang dimaksudkan itu, diperlihatkan kepada awam sejak semalam, di bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Kuala Lumpur.

tren kereta api elektrik

tren kereta api elektrik

tren kereta api elektrik

tren kereta api elektrik

Perkhidmatan ETS itu akan meningkatkan kecekapan terutamanya dalam memastikan tempoh perjalanan dipendekkan selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memperbaiki sistem perkhidmatan awam negara.





Larian Malam Putrajaya

16 12 2009

Larian Malam Putrajaya 2010 akan dianjurkan pada 6 Feb 2009 anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.

Sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan dalam acara larian itu, kategori maraton penuh dengan jarak 42 km, separa maraton dengan jarak 21 km, larian ria (fun run) jarak 7.7 km dan 5 km. Pertandingan itu diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari depan.

putrajaya pada waktu malam

putrajaya pada waktu malam

putrajaya pada waktu malam

putrajaya pada waktu malam

putrajaya pada waktu malam

putrajaya pada waktu malam

Maklumat lanjut berkenaan dengan larian Malam Putrajaya 2010 boleh juga didapati di http://www.hooha.asia





Kempen derma darah

16 12 2009

Kempen derma darah MAKSWIP

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) mengadakan Program derma darah MAKSWIP pada 17 Disember 2009> Program bermula pada jam 9 pagi di Unit Kelab JPA dan URusetia MAKSWIP Aras 7, Blok C1, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Mohd Saifullah Roslan (Bahagian Khidmat Pengurusan) di talian 03-26904093.

derma darah

derma darah

derma darah

derma darah

derma darah

derma darah

Mengenai MAKSWIP:

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang bertanggungjawab menganjurkan berbagai kegiatan sukan, kebajikan, sosial dan lain-lain untuk kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur.





Program merakyatkan filem

16 12 2009

Program merakyatkan filem oleh Perbadanan kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Perbadanan kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengadakan Program Merakyatkan Filem di Panggung Coliseum, Jalan Tunku Abdul Rahman. pada 26 Disember 2009 ini. Untuk mengenai mengenai program ini dengan lebih lanjut, anda bolehlah menghubungi Fias di talian 03-41041300.

panggung coliseum

panggung coliseum

cafe dan hotel coliseum

cafe dan hotel coliseum

panggung coliseum

panggung coliseum

Mengenai FINAS:

Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ditubuhkan kerajaan pada 26 Julai 1980 untuk merangka cara-cara bagi memajukan perusahaan filem Malaysia. Hasil daripada salah satu cadangannya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (atau FINAS), telah ditubuhkan dalam tahun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, 1981 (Akta 244). FINAS mula beroperasi di alamat No. 7 Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur mulai 1 November 1981 dibawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Mulai 16 Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. FINAS kemudiannya beroperasi di alamat No. 198 Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, pada 19 Disember 1988. Bermula 27 Mac 2004, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan

kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan





Jualan Kraf 2009

16 12 2009

Jualan Kraf 2009 hasil seni tempatan.

Kraftangan Malaysia mengadakan Jualan Kraf 2009 bermula 17 hingga 21 Disember ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Jualan bermula jam 10 pagi hingga 8 malam. Hubungi Urus Setia Jualan Kraf 2009 untuk turut serta sebagai penjual brangan kraftangan, di talian 03-21627459

jualan kraf

jualan kraf

jualan kraf

jualan kraf

jualan kraf

jualan kraf

Mengenai Kraftangan Malaysia:

Kraftangan Malaysia adalah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan yang mempunyai visi untuk menjadi pemimpin dalam pertumbuhan pembangunan dan promosi industri kraf yang kukuh dan berdaya saing. Misi Kraftangan Malaysia pula adalah untuk membangun dan mempromosikan pengusaha dan industri kraf negara.