Dua jam sahaja

16 12 2009

Kuala Lumpur ke Ipoh dua jam sahaja.

Perkhidmatan tren penumpang antara bandar menghubungkan Kuala Lumpur – Ipoh menggunakan Set Kereta Api Elektrik (ETS) yang mula beroperasi April depan, ammpu mengurangkan tempoh perjalanan kepada sejam 55 minit.

Perkhidmatan tren terbabit juga dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup di setiap gerabak, soket elektrik selain untuk penumpang kelainan upaya (OKU) dan peramugari tren.

Tren yang dimaksudkan itu, diperlihatkan kepada awam sejak semalam, di bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Kuala Lumpur.

tren kereta api elektrik

tren kereta api elektrik

tren kereta api elektrik

tren kereta api elektrik

Perkhidmatan ETS itu akan meningkatkan kecekapan terutamanya dalam memastikan tempoh perjalanan dipendekkan selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memperbaiki sistem perkhidmatan awam negara.





Kempen derma darah

16 12 2009

Kempen derma darah MAKSWIP

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) mengadakan Program derma darah MAKSWIP pada 17 Disember 2009> Program bermula pada jam 9 pagi di Unit Kelab JPA dan URusetia MAKSWIP Aras 7, Blok C1, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Mohd Saifullah Roslan (Bahagian Khidmat Pengurusan) di talian 03-26904093.

derma darah

derma darah

derma darah

derma darah

derma darah

derma darah

Mengenai MAKSWIP:

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang bertanggungjawab menganjurkan berbagai kegiatan sukan, kebajikan, sosial dan lain-lain untuk kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur.